wuteva
2

di mana kan ku cari ganti?

secare tak sengaje hati aku tsentuh lagi td. ketiadaan rumate aku menyepikan aku di bilik, dan hati runtun bila mendengar bait lirik lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, di manakan ku cari ganti?



lagu ni dipetik dari movie tragis hitam putih dlu, Ibu Mertuaku. memang tsangat menyayat hati ceritanya. (tgok puluh kali pun nanges gak. huhu)

tp ni bkn runtun teringat betapa sedih kassim, combi n sabariah. tp sedih tkenang hidup aku sendiri, di sekeliling aku.

tgok tajuk post ni pon da tahu aku mengalami kehilangan. sebenarnya belum ilang lagi...tp hampir hilang....ai...x leh fikir lagi hayat di UiTM semakin mencemburui kehidupan aku seharian.. xlame lagi kami akan terpisah dan membawa haluan masing-masing...

kalau dlu masing2 sibuk wat hal bodo je...bf la..makan kat ne la...jejalan la...skarang ni semua org da mula berfikir-fikir tentang masa depan, karier dan hala tuju... kawan2 aku da makin matang da juga.

kowang la yg aku maksudkan di mana aku nk cari ganti.

kowang sume best. special..mana aku nk cari ganti teman2 cam korang...mc221 5A...i cherish every single moment i have with all of u guys...

asya:rumate aka kazen aku, byk share masalah n bahu tok aku nanges. (ko mesti tak lupe aku balik clash ngan ifan dlu nanges kt bahu ko kan? thanks dearie)byk benda nk ckp tp xpe...mu pehe sendiri kam...i need more than words to say...so keep it in our hearts..mari berjimba apo laiieee~~

auni: yg selalu masak utk kami sume makan. tgok size la bro. hehehe... pape pun aku harap pasni ko akan lebih matang dan bijak dalam komunikasi dengan semua org dlam idup...x smua org suke kita, n xsmua org leh terima kita seadanya...n ko dpt bf baru cepat2 ea...n bukak business..amin...heheh...thanks jugak for everything..

fiza: aku xkan lupe kenangan kita jejalan kt bukit tonggek smpai aku pn da naik tonggek...hehehe... ko ni lembut walaupun muka tu keras. so pasni aku harap ko cube la pamer sikit perasaan kat muka ko tu... barula lagi cun...hehe

ckkin: ko pena jd rumate ku ba. walaupun tidak serapat mcm org lain, tp aku tetap nk ckp aku happy cos penah jd rumate ko.. ko mesti ingt aku nanges senyap2 time tidur kan..haha... pape hal pn.. thanks coz slalu blanje aku roti...:)

irene: kita start rapat masa go go green. masa tu byk kita hadapi bersama. aku tak nah tgok ko marah org macam masa tu ko marah. ui takot aku ba. ko ni hati mulia. keep it up k. (jgn nanges sgt tau t last BBQ time...t aku lagi teruk nanges...hehe)

4serangkai:

zura: kawan AW aku..same2 kena perli n maki ngan prof mokhtar aka SUPERMOKH. hehe. takpe zura, insyaallah kita takkan berpisah...kalau rejeki aku murah kat kuantan...thanks jugak jd assistant yg baik masa Jurnalis Shah Alam edisi 2. :)

sarah: walaupun byk rintangan dalam idup, ko ni tabah. so usaha berterusan ea. Tuhan tak bg awal segala apa yg kita nak, cos Dia nk kita betul2 hargai apa yg Dia bagi nnt. so jgn putus asa ye. keep on rockin! yeeha..

roha: hehe. kenangan kita inteviu abg isham smpai bila pun leh wat aku tsenyum. thanks wei cos sudi mintak ejool temankan. lau tak tah macamana la aku nk g inteviu dia.. aku penah nyampah ngan ko masa part I time kesatria dlu. ko tu garang n suka memerintah sgt. hehehe. jgn marah. tp lelame ko da improve da. so aku suke ko skarang... keep it up k!

nor: kenangan g print newsletter workaholic memang remarkable. mesti puan noorhayati ni akan rindu yatt ea...hehe... best time tu. TKP memang cool~

kakak: kita pun xpenah rapat sgt kan kakak. anda ni gile. tu yg sy paling bole ingat. cuma time go go green tu kita byk spend time same2 mcm irene. kakak, sy respect kakak punye pendirian cuma kadang2 xpe kot lau blembut ngan org lain gak..hehe... anda hebat. mantap. keep it cool. kawen ngan jang jgn lupe ajak. :) naik bff 7 org-smpai skarang pun sy cite ramai gile masih tak pcaya....huhu

cida: ko ni suka panik tak tentu pasal. pastu suke ckp sal K-Pop...ei...lansung tak faham aku..hehe.. tp ko ni pandai... n rajin...baik ati lak tu...susah cari awek cm ko...pasni jgn ngengade tanak kawen lak. aku nk jumpe ko balik after 5 taun ko da dapat 2 anak ye...hehe

iera: aku ngan ko memang tak penah rapat dari part I. ade je masalah kita time tu kan. lepas ko baik ngan asya baru lah kita slow2 rapat n hang out sesame. cuma tak faham skarang kenape jd mcm ni pulak. asam grm la gaduh kan. cuma aku harap everything setel depan2...gaduh time depan then baik smula...tu yang paling best.. harap ko bjaya dlm idup dan disukai ramai la ea. pasni da nk pisah.. xde da ko akan jumpe kawan2 gile cm budak kelas kita...so wat masa sekarang meh la kita enjoy ye...cherish the moment we have now...benci dendam tu letak tepi dlu ea..:)

aida: abg long yg garang tp cool..hehe. ko ni memang gile jugak kdg2 so aku arap kekalkan semangat ganas tp cool tu...yeehha~

fareez: budak paling gile dlm kelas aku. gile memang tahap naga. tp otak pandai. sgt berbakat. ade masa depan yg cerah dalam dunia seni..so aku harap ko jaga attitude ko baik2 ye izz. punctual. deadline elok2.. sbb ko leh mlangkah jauh... aku jamin tu....n thanks coz bg bahu tok aku nanges dalam bus dlu...ko memang antara kawan aku yg paling special :)

syaf: ko ni special. ada bakat. tp panas baran. hehe...jgn marah aku ckp ni. ko penah jadi kawan baik aku n smpai skarang pn ko masih tetap kawan baik aku. ape pun penah jadi antara kita aku mau ckp aku best dapat kawan cam ko. mam pizza domino dlm kelas, lantak aiskrim...memang one of my sweetest memory. keep the best features of yours ea... dengar lagu when u said nothing at all ingat aku...:P

khairul: em..aku penah rapat ngan ko masa part I.. tp cite lame la...dlu kita g wat saimen madam berry kt PTAR. n ko penah teman aku g menara dlu. aku ingt kenangan tu. ko da macam abg dlm kelas kita, so aku arap ko tau mcmana aku respect ko. harap ko kekalkan kebagusan ko tu. jgn bg benda2 yg tak sepatutnya calar ko nye imej. hehe. macam artis pulak. halalkan aku weh atas sume benda yg nah blaku antara kita.

em..masing-masing pada korang ada pengaruh blainan dalam hidup aku kt sini. smpai bila-bila pun aku takkan lupe korang. n smpai bila-bila pun korang special pada aku...MC 221 S5A....till death do us apart...T.T
0

Orang Muda Harus Bersikap Idealisme, Bertenaga dan Bercita-cita – Hishamuddin Rais

Oleh Nor Hidayati Mokhtar
Hishamuddin Rais teruja dapat Sasaran. Tahniah pada team yang publish this publication! Abg Isham puji. :)


Dalam mengejar arus kemodenan dunia, negara akan sentiasa dirundung pelbagai cabaran getir. Dengan fenomena ‘tidak mengambil peduli’ pada anak muda kini, mampukah mereka membina kubu negara yang lebih kukuh, lebih hebat pada masa hadapan?


Sesi temubual khas bersama penulis hebat dan peniup semangat perjuangan pergerakan pelajar, Hishamuddin Rais menyingkap sudut baru dalam fenomena sikap anak muda kini.


“Anak muda harus hidup dalam kemudaan,”

Itulah ungkapan bermakna Hishamuddin Rais, blogger Tukar Tiub dan penulis jemputan laman portal berita Malaysiakini serta beberapa majalah tempatan. Menurut beliau anak muda harus mempunyai idealisme, bertenaga dan bercita-cita. Itulah ciri-ciri anak muda yang sejati dan itulah yang dimaksudkan dalam kemudaan.

Sebaliknya rata-rata anak muda kini takut dan tidak mahu mengambil peduli akan keadaan sekeliling. Mereka lebih gemar tertarik dengan retorik teknologi dan hiburan semata-mata. Tidak ramai yang memiliki kredibiliti dan jati diri anak muda yang sebenar.


“Dalam masyarakat kita, anak muda kini kebanyakan telah ‘dituakan’. Benar, dari segi biologinya mereka masih muda namun fikrahnya mereka sudah ‘tua’. Kalau dalam bahasa anak muda, menjadi poyo dan skemalah. Penyakit inilah yang kita tidak mahu menular dalam diri anak muda kita,” kata beliau.


Penyakit ‘tua’ yang dimaksudkan beliau ialah terlalu tidak proaktif, lemah dan hanya bertindak mengikut arus. Anak muda kini rata-rata tidak ada inisiatif dan tidak berupaya melakukan sesuatu yang baru. Jika ini berterusan, negara ini tidak akan ke mana-mana.


Menyingkap kenangan beliau apabila dibesarkan di Eropah, beliau yang mesra disapa Hisham menyatakan anak muda mesti bercita-cita untuk melakukan sesuatu yang baru. Pada hari pertama belajar, cikgu telah menanamkan semangat bahawa setiap pelajar mesti melakukan sesuatu yang baru dan tidak mengulangi apa yang dilakukan oleh mereka yang terdahulu. Itulah rahsia mereka lebih berinovasi dan kreatif dalam melahirkan idea dalam membangunkan negara.


“Semua yang berusia dalam linkungan dalam 18-35 tahun harus memiliki ciri orang muda iaitu idealisme, bertenaga dan bercita-cita. Berbeza dengan mereka yang berumur, apabila telah masuk 35, dia tidak lagi ada inisiatif untuk sesuatu perkara,” kata beliau lagi.


Peranan yang dimainkan oleh anak muda ini adalah begitu penting sekali kerana mereka ini yang akan membawa pembaharuan. Kalau anak muda tidak memiliki tenaga, idealisme dan cita-cita, maka negara itu akan menjadi mundur.


Sejarah mengatakan sejak 300 tahun dahulu anak muda di Afrika ditangkap dan dijual untuk dijadikan hamba abdi. Mereka dibawa lari ke Amerika untuk menguruskan ladang tebu dan kapas. Oleh itu sehingga kini Afrika masih belum maju. Inilah bukti kepincangan kekuatan negara tanpa orang muda.


Sewaktu ditanya pendapat tentang situasi anak muda di Malaysia pada ketika ini, Hisham berpendapat mereka jauh berbeza dengan anak muda pada zaman beliau. Anak muda kini hebat dari segi kecanggihan teknologi namun dari segi fizikal anak-anak muda kini ada satu perkara yang kehilangan.


Anak muda kini kehilangan keupayaan untuk melakukan sesuatu yang baru.


Sebagai warga yang cemerlang, yang sentiasa mahukan yang lebih baik, anak muda harus meningkatkan inisiatif, menjadi lebih berani dan bukan ‘skema’, dan seperti kata Hisham, bukan orang muda yang telah dituakan. Jadilah orang muda yang melakukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh orang muda.


Setelah 54 tahun mencapai kemerdekaan, Malaysia kini semakin ke depan dalam arus pembangunan dan kemodenan. Terima kasih kepada pemimpin yang rata-rata begitu komited dalam memperjuangkan nasib anak bangsa agar mencapai taraf antarabangsa. Namun pernahkah kita memikirkan apa yang mampu kita sumbangkan kepada negara?
Mengambil bait terakhir kata beliau,

“Kamu masih muda, jadilah orang muda. Teruskan sikap mulia orang muda. Walau berbuat silap, jangan mengalah sebaliknya belajar dari kesilapan. Kesilapan ialah guru yang paling baik. Perlu diingat, anak muda tunjang negara,” -Hishamuddin Rais

Jika pada zaman Rasulullah S.A.W, golongan mudalah yang menerajui barisan hadapan dalam peperangan. Dengan jati diri yang ada pada anak muda dalam masyarakat kita hari ini, mampukah kita bersaing dengan peranan golongan muda pada masa dahulu? Tepuk dada tanya selera.


p/s: Abang hisham memang cool. style dan warm welcoming. undescribeable experience with him. n great time meeting Abg faizul n jab from Milenia Muslim magazine. tq roha and her bf. yeeha~ memang tak nyesal aku accept tanggungjawab saimen ni dr my lect, sir mirul. thanks to sir and sir faisal jugak atas tunjuk ajar. best gile!!
0

Bebi Ecah yang dirindui~


It's 4.30 a.m. in the morning and I havent still, go to sleep.


Just finished doing my assignment on my new international friend from Fac of Bio, Zaynab Jawaheer with my roomate aka classmate Aisya Fatihah, I just couldnt rest my eyes and head to the pillow. (well. saya tido meniarap. tett)


happy to say that my memory card for Sony Erricsson sudah boleh baca. Alhamdulillah. Luckily the virus is gone because of CCleaner. Yeay. Thanks CCleaner. Damn the data cyclic. to recycle bin u go. yeeha


back to my topic, at this point of time, i miss my lovely cutiey niece, nur aishah alisha. huhu. rindu sangat2 kt bebi ecah. the last time since we met was during the Chinese New Year. wa. about 2 months ago. huhu. :(


so this video i captured at the last time since she manja2 with me-lah. the voices in the video were mine, my mom's, my sis' and my 1st bro (ecah's daddy). huhu


happy watching~




nur aishah alisha pakei tudung. hihi.posing sakan.


ps: caca..mama rindu kamuu~

0

The Doctor who Rocks the World

by Nor Hidayati Mokhtar

A Book Review on A Doctor In the House by Tun Dr Mahathir Mohamad

Labeled as tyrannical dictator, racist and bigheaded, but being also a courageous and outspoken defender of the downtrodden, this Malaysian born brainchild inspired the Third World for a more hopeful future.


Label whatever. The amount of his haters could be as much as the amount of his lovers, but Tun Dr Mahathir proves his dexterity to turn Malaysia into an industrial powerhouse. Malaysia is made famous and successful through his 22 years regime.

The fast selling autobiography, A Doctor in the House depicts the Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad, the 4th Prime Minister of Malaysia.

A Doctor in the House is a transparent, controversial yet straightforward piece of writing about the ups and downs in his life as a great politician and leader.

Becoming Prime Minister, Currency Crumble, The Malay Dilemma, Anwar’s Challenge are among the 62 chapters that are written in the most humble, sincere yet with sly humor way of telling the story of his life.

With the simple lexis, this book is an enjoyable journey about his life about the notable steps he took before getting down to decision on making outstanding policy for the country.









The launching of the awaited, controversial autobiography of Malaysia's greatest mind


Tun also expressed quite a number of deprecating cynical upon many prominent people entailing in his life including friends and foes.

This autobiography is a good start to become a better person in life – as he gave full of the unintentional advices.

“I cannot imagine what growing up in a polygamous family would have been like…Bitterness would eat at the heart of the household. I would never dream of taking another wife and causing (Tun Dr Siti) Hasmah and my children anguish and pain…”- Tun Dr Mahathir Mohamad

A Doctor in the House is the best book to learn how he thinks and how he felt throughout his uncommon experience. His way of dealing with the difficulties and the way he see things is the best inspiration of coping with our own life.

“If one wants to get things done one must be single-minded and determined,”
– Tun Dr Mahathir Mohamad.

For a great story of the greatest leader and to appreciate the best Prime Minister Malaysians could ever have, there are always great reasons to spend hundred on it.

Tun during the launching. healthy and strong as ever. :)


P.S: Spent a hundred on it? I did. :) But when could I see him face to face? hurm... just berdoa je la..
0

Story that almost makes me suspended as student.. aiyoh~

Phew~ last nite meeting with HIMSAK UiTM makes me wonder. I was almost suspended from my title as a student, a UiTM student. huhu.

sgt takot. brader President Nik Saiful n S/U Agong Ju-we yg cakap diorang bekap nama aku kaw2. yelah coz PMN yg aku tulis report much ado with the politic, namely, the opposition.. haha. gilew kan?

Diorang cakap, Dato Dollah hampir gugur taraf status pelajar aku. tp sebab diorang bekap elok2 baru lepas. (tak tahu la lau diorang masih dendam ngan aku). Ye ar, sebab berhari-hari mereka kena panggil dgn Canseleri sbb benda ni je. Memang TNC HEP Dato Dollah nak cari aku. huhu

Herm. kot mane2 pun, itu lah cabaran jadi wartawan. huhu. aku ni pegy kaver story tu, tak semestinya aku sokong diorang. nama pun jadi reporter kan...ai...nak wat cane..mcm slalu tagline yg aku ckp, wartawan ni, antara syurga dan neraka memang terpaksa pilih dua2..

*tp tagline ni pn ramai gile pihak yang marah. huhu*

btway, ini story yang saya buat...:)

A ‘pow-wow’ without the ‘wow’ factor
By Nor Hidayati Mokhtar

KUALA LUMPUR: The first-ever gathering of varsity students from public and private universities across the country failed to live up to expectations.

The much-hyped National Students Assembly (Perhimpunan Mahasiswa Negara) attracted a mere 211 undergraduates instead of the anticipated thousands following months of promotion by the organisers through social networking site Facebook.

The only silver lining from the event held at the Chinese Assembly Hall on Jan 11 was that the attendees represented the relatively high number of 86 institutions of higher learning.

Originally mooted by Universiti Malaya student Fahmi Reza, the event was intended as a platform to build solidarity among students on issues related to their education and welfare.

Many students, however, expressed disappointment at the poor turnout and questioned whether their peers were interested in student rights like their predecessors in the 1960s.

Poh Wee Chern from Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) lamented the low interest in any of the seminars or forums held during the Assembly.

“How can we hope to build a better generation when many of us don’t seem to bothered with the issues and problems affecting students, let alone the community that we live in,” he told Varsity Voice.

Other students from both public and private universities and colleges such as Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Segi College and Multimedia University expressed similar sentiments, noting their problems would never be resolved given the apparent apathy from the wider student fraternity.

Despite the rocky start, students pledged to hold a meeting every weekend while the Assembly succeeded in passing several notable resolutions.

Among them were resolutions to establish a students’ cooperative (Koperasi Mahasiswa) to support their welfare, greater student autonomy as well as student empowerment via the Respective Student Councils and Student Unions.

They were also decided to hold a National Students Assembly meeting each weekend.

The National Student Assembly featured a newly-formed ‘Students’ Parliament’ with draft bills presented by the registered speakers. To be passed, bills required votes from two thirds of the members of the Students’ Parliament.


p.s : pix tu pix budak yg pegy PNM ni...pix dia pun kuar dlm Varsity Voice...ehm..lau TNC dapat dia memang selamat la..huhu