wuteva
0

Silamat HaLi Laya~

saya ingin mengucapkan selamat hari raya pada semua warga pengguna talian...moga raye taun ni akan jadi lebih bermakna lagi...ngeww
0

why do we make mistake?

we make mistake
we always make mistake
to make mistake is human
to be making mistake is normal
but why people keep on being mad when someone is making mistake?
why do we have to b mad when someone make mistake?
why we must complaint people make mistake?
is it because we hate he/she came in our way?
is it because we hate him/her do not do what we want?
is it because we hate/him do something we hate?
is it?

can we just forget what he/she did to us?
can we just forgive and forget?
no?
why?
is it because we are ego?
we are selfish?
we just hate him/her?
think it clearly
think it thoroughly
think it wisely

cause dat someone didnt mean it
dat someone really didnt mean it
dat someone still needs you
dat someone still wants you
0

Benarkah bloggers kurang ajar?

Benarkah bloggers kurang ajar? Dewasa ini terlalu kerap kita diuar-uarkan dengan penggunaan blog. Pelbagai permasalahan terjadi di negara kita gara-gara kerana blog. Apa itu blog? Blog ni macam ape yang korang tengah baca ni lah…Nama lain blog ialah laman web peribadi. Sebilangan besar pengguna talian (internet) gemar melayari blog dan ada yang memiliki blog mereka sendiri. Blog banyak fungsinya. Selain online journalism yang membolehkan segala berita terkini dicapai dengan hanya menekan tetikus sahaja, blog ialah ruangan forum terbaru untuk penggemar isu semasa melempar komentar tentang apa sahaja yang terbuku di hati.

Situasi ini turut mengenakan tempiasnya kepada syarikat yang menerbitkan akhbar. Jika dulu aku hilang mood 3 hari apabila akhbar Mingguan yang wajib aku baca setiap hari Ahad mamak kata dah habis dijual, kini dengan mengetahui ‘Uniform Resource Locator’ (URL) sesebuah akhbar tersebut semua orang dah boleh baca paper. Free lak tu, janji ade internet. Banyak online newspaper sudah direka sekarang, macam Utusan Online, Bernama, NST dan demo jange tok tahu Harakah pun da ada online weh. Canggih Tok Guru kita. Akhbar dalam talian dan blog mereka yang kreatif ni ramai suka sebab biasanya berita tu lagi sensasi, dan terkini. Aku pulak suka sebab boleh bagi komen lah, kemudian ada peluang tukar-tukar pendapat dengan sebilangan besar rakyat Malaysia.

Dr Rahmat bagi tajuk benarkah bloggers kurang ajar? Mungkin, bergantung pada yang menilai. Bak kata orang putih, beauty is in the eye of the beholder. Kalau kita rasa benda itu releven mungkin kita tak akan anggap benda tu kurang ajar. Hak masing-masing untuk analisis data dalam blog, Malaysia kan negara demokrasi. Sejak Tun wartakan Communication & Multimedia Act 1998 dulu banyak orang dah ikut saranan Tun. Akta itulah signifikan blog dengan kebebasan seseorang untuk mempraktikkan hak asasi mereka. Setiap individu boleh memiliki laman blog sendiri. Jadi apabila dikatakan laman blog sendiri, ini bermakna setiap seseorang memiliki kebebasan untuk menulis dan menerbitkan apa sahaja bentuk karya dan tulisan mengikut kehendak masing-masing. Tulah yang seronok tentang akta ni sebab kita bebas menulis apa saja, kalau aku cakap penghulu kampung aku pernah ngorat aku pun tak ada siapa boleh marah aku. Hehe.

Walau apapun, blog memang membawa impak yang sangat besar terutama dalam arena politik negara. Sudah senak telinga ini mendengar pelbagai cacian dan makian terhadap pelbagai pihak melalui blog kelolaan badan-badan tertentu. Tidak lama dahulu blogger Malaysia Today telah ditahan di bwah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa telah menghina junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Astagfirullah, mengucap panjang aku jika benarlah tuduhan perilaku Raja Petra Kamaruddin itu. Mengapa sampai ke tahap itu kebebasan blog disalahgunakan? Aku pun ade blog juga, walaupun blog ini untuk tujuan akademik, dalam blog peribadiku pun tidak pernah aku hilang keruan menaip sehingga terlupa adat dan pantang larang dalam agama. Itulah jadinya jika terlalu besar kebebasan diberi pada manusia. Nak-nak kalau yang agama memang dah macam kulit bawang, tu pun nasib baik ada lagi kulit bawang, kalau habuk pon tarak macam mana? Tepuk dada sudah.

Pada pendapat aku bloggers memang kurang ajar. Rata-rata boleh dijumpai blog yang menghentam individu atau badan-badan tertentu. Yang paling terang lagi bersuluh bab-bab politik lah. Cuba buka www.mykmu.net, macam-macam gelaran busuk diberi pada manusia yang bergelar Islam. Yang tidak Islam pun ada jugak, tapi biarlah. Cuma yang okey tentang myKMU ni pengelola tu memang memperjuang suara orang Melayu, senang cerita UMNO la. Beberapa hari lepas pun apabila laporan mereka tersilap, mereka cepat meminta maaf. Walaupun kurang ajar, tetapi sekurang-kurangnya pengajaran tentang rasa bersalah itu tetap ada.

Lain pulak cerita dalam laman web kelolaan pembangkang. Terlalu banyak sangat fitnah dan cerita yang tidak berasas dilaporkan. Dua hari lepas aku baca headline dalam www.HarakahDaily.net, MB Kedah menyatakan UMNO lah yang pada asalnya menderhaka kepada Sultan dan Raja Melayu di zaman prakemerdekaan dulu. Dalam capaian berita tersebut hanya banyak kritikan terhadap UMNO yang kini beriya-iya mempertahankan hak Sultan walhal dahulu UMNO lah yang mencabul hak Sultan. Bagaimana UMNO mencabul tidak pula dinyatakan. Aku kurang gemar editor yang hanya pandai buat headline tapi berita macam tin kosong. Yang terbaru pulak editor menyamakan sikap ahli UMNO dengan dajjal. Sungguh ekstrem kenyataan itu sedangkan sikap ahli UMNO yang digariskan masih jauh dengan kejahatan fitnah dajjal. Nak kata aku alim tak la, tapi ustaz aku dulu pernah pesan dosa memfitnah adalah lebih besar daripada membunuh. Nak tuduh orang boleh, tapi pastikan ada bukti. Bukti dan saksi. Mengikut hukum hudud kan, saksi mana boleh yang mengamalkan dosa besar. Jika difikir logiklah, sealim Mufti pun tak berani mengaku tidak pernah berbuat dosa besar, apatah lagi manusia biasa. Contoh blogger kurang ajar juga boleh dilihat melalui www.faisalmustaffa.blogspot.com. Mungkin benar apa yang beliau nyatakan tentang kekorupan pemerintahan Tun Dr Mahathir tetapi bahasa yang beliau gunakan lansung tidak menggambarkan betapa orang Melayu memiliki adat dan budaya yang menghormati dan menjaga tutur kata, apalagi setelah segala keringat ditabur oleh Tun sepanjang pemerintahan beliau. Siapa berani nafi apa yang telah beliau lakukan lansung tidak patut dibalas dengan kenyataan ‘Hang ingat hang hero keamanan?’.

Walau bagaimanapun, ada juga bloggers yang masih menjaga etika dalam melempiaskan komentar. Walaupun apa yang diutarakan itu agak panas dan sensitif namun masih lagi dinyatakan dengan ayat yang berhikmah. Paling tepat boleh diberi contoh ialah www.chedet.cc iaitu laman web Tun Dr Mahathir sendiri. Ada sahaja kritikan dinyatakan dalam web tersebut tetapi memerlukan seseorang untuk berfikir sedalamnya untuk memahami maksud kata beliau, lansung tidak layak untuk disamakan dengan taraf bloggers yang hanya tahu melemparkan kata-kata kesat.Laman berita dalam talian bebas seperti Malaysian Insider juga tetap menjaga kredibiliti dan tahap bahasa mereka dengan tidak mencampur-adukkan bahasa kesat dalam apa jua buletin yang mereka terbitkan.

Kenapa bloggers semua kurang ajar? Soalan itu memang hingga kini menjadi bualan. Sebab paling jelas ialah kerajaan Barisan Nasional telah mengawal segala media cetak dan elektronik, kecuali yang dalam talian. Apabila kebebasan yang sepatutnya dimiliki dalam negara demokrasi telah disekat, mereka cenderung untuk melepaskan dendam melalui tulisan di dalam talian. Cuma perlu diingat, Malaysia negara demokrasi, bukan liberal seperti Amerika. Kita ada pelbagai kaum, dan hak istimewa orang Melayu yang sepatutnya tidak dicabar harus dipegang ketat oleh orang Melayu. Kini kerana orang Melayu sendiri yang mengakui ketuanan Melayu itu salah satu bentuk perkauman dalam blog mereka maka kebebasan ini memang patut dibendung. Bloggers kurang ajar sebab dalam internet tiada pantauan dibuat bagi menghentikan perbuatan tersebut. Aku pun faham bila kita sudah mula menulis, susah nak berhenti walaupun apa yang ditaip itu sudah pun lari dari kebenaran. Sebab itu banyak bloggers menerbitkan blog dan artikel yang dipenuhi provokasi dan fitnah. Apabila dah bebas menyatakan apa sahaja, penulisan yang adakala didorong oleh perasaan peribadi akan kerap dikeluarkan. Ini membawa kepada banyak perkara buruk.
Apabila para bloggers meng’upload’ buletin mereka yang rata-rata akan membangkitkan kemarahan, para pembaca blog pula akan memberi respon yang lebih kurang teruk lah bahasa mereka. Runsing jugak minda aku bila membaca perkataan lucah dan kotor digunakan untuk mengecam seseorang sebab kebanyakan yang bertegang leher itu orang Melayu. Apa nak jadi dengan kaum aku? Apabila jadi makin kronik iaitu perpecahan sesama Islam maka tidak ada gunanya istilah ‘houlier than thou’ sebab jika Melayu berpecah, tiada siapa yang lebih gembira melainkan mereka yang sudah lama menanti masa menghancurkan penguasaan orang Melayu dalam pemerintahan negara. Kesan yang kita dapat tengok dengan jelas sekarang ialah kekacauan dalam kestabilan negara. Adakah para bloggers yang semakin lama semakin berani mencabar Perlembagaan Negara dan menimbulkan provokasi kaum di Malaysia ini akan berhenti apabila Pakatan Rakyat memerintah Malaysia? Mungkin ya, mungkin tidak. Tiada siapa yang dapat meramal masa depan.

Kan best kalau apa yang blog utarakan ialah pendapat untuk memajukan orang Melayu, mengetengahkan ajaran Islam sebenar dan memupuk semangat sayangkan bangsa sendiri? Kalau lah semua bloggers mempraktikkan journalism ethics ketika blogging, aku rasa banyak masalah dapat diatasi. Walaupun kedengaran agak cliché, aku tetap inginkan pantauan atau censorship dibuat untuk mengawal serba sedikit kandungan blog, terutama yang melibatkan bahasa yang kesat dan fitnah yang keterlaluan. Media arus perdana juga seharusnya bersikaplebih adil dalam memaparkan berita, jangan hanya menerbitkan berita yang sejuk halwa telinga sahaja terhadap sesiapa sahaja yang disokong. Tambahan lagi setiap minda anak bangsa seharusnya disemai sejak kecil oleh ibu bapa sepatutnya mendidik anak-anak supaya tahu membezakan benar dengan yang salah. Jika boleh bloggers harus didaftarkan supaya tidak lagi anonymous dalam melancarkan blog. Ini dapat menggalakkan budaya perdebatan yang sihat dan profesional dalam apa jua isu termasuk politik selain dapat menjamin keselamatan dan keamanan Malaysia sekaligus mengelakkan political hatred antara rakyat Malaysia.

Kita rakyat Malaysia sepatutnya lebih takut ancaman kemerosotan ekonomi dunia atau penjajahan bentuk baru sama ada minda rakyat atau minda pemimpin, bukan takut pada pemimpin yang kita rasa tidak layak memimpin hanya kerana tersarang kebencian di dalam hati terhadap beliau. Fikir-fikirkanlah. Jika anda rasa anda kurang ajar, berhentilah segera. =)
1

Welcome to My Blog~


Hulla..I am Nor Hidayati bt Mokhtar, and proud to say that I am a Malay gurl who is now studying in UiTM, the institution for bumiputera and taking Degree in Mass Comm Journalism.

Why Journalism? This is basically the same question being asked by the interviewer during the pre-entering term. i answered becoz i love karam singh walia..haha! at that time i didnt know that karam singh is a broadcast journalist. i was so shallow of knowledge, until now.


what did i mean taking journalism as my chosen career ( in future) was that i wanna share my deeps and thoughts through writing. only writing shines me at best. all my life then i was always a political obsessor. hearing what my dad has been telling me since kids make me think deep upon what Malaysia is all about.

That's why I wanna be so much a journalist, where I can always contribute news coverage to the people.
what do i worry now is that i lost somewhere in my own reflections. i am so in love to become journalist but what do i have in my knowledge is very very far more than not enough...ahakz... however through the course fulfillment and subject outline I am sure that i will become a good journalist. Yeah! UiTm di hatiku!

Thank you for browsing through this blog. Why I name this blog Astray as I am, Liberally Deviance is that Astray stands for my name. when my name is meant 'the light of path' i dont feel like deserve it. so I choose Astray to symbolize myself, strayed from the expected behavior everybody been hoping me to be. Liberally Deviance, as I am a deviance, have to admit it. some are born with the talent, some are not, but both of them are special on their own way. Like in Merton's Theory in Sociology study, nobody is deviance until someone tell him he is. who are us to judge others then? just accept that deviance is only a part of being a human being. The word 'liberal' I found very catchy as this is a blog, and a blog is supposed to be liberal. right?

Why this blog url is liberalism hater is that I hate too much liberty. As it is what Malaysia is made today, and part of the world as well. Too much liberal, too much consider, too much destruction. And that is what extreme liberty contributes. Liberal is a must but not too much, as what I have been through has taught me so much of a wrong liberty.

anyway, hate US and ISRAEL, boycott their products!