wuteva
3

MC221 5A: Gara-gara Terlalu Rindu kat Korang Semua...

Semalam aku mimpi dak2 kelas aku. lucu... tanggal 25 Jun ni si ROha akan melansungkan pertunangan so kami sekelas pakat2 nak pegy la... majlis tu kat cherating so konon2 ade la plan mau lepak di sana buat semalaman untuk hang out mcm time blaja dlu. huhu

Jadi pada mlm lepas je majlis tu setel (alhamdulillah) kami (aku, kakak, asya, auni,cida dan fareez) naik keta kakak pegy cari kedai minum nk lepak2 borak2.

si syafiq lak merempit ngan irene g cari chalet area cherating tu la untuk nak book brg semalam dua nk tido.( irene kurus ni)

pastu tatau nape kami semua leh sesat lak tak jumpe kedai minum. last jumpe kat area balai polis. design balai polis tu mcm balai polis kat raub (jauh sesat neyh). memang nmpk sngt la menipu. huhu.

so bile si roha da selamat bertunang, dia pn merempit lah ngan si aida dtg nk lepak sama2. ngape tah leh diorang dtg merempit skali. aku rasa last aku teringat time diorang naik moto sekali dlu kot. huhu. tp bak kata irene, mimpi ialah masa depan.

aih. masa depan roha merempit ngan aida? hehehe

antara yang lucu lagi dlm mimpi tu, si asya demam. tidor di chalet smbil pakai topeng mickey. bodo sgt mimpi aku ni. tp si fareez la yg jaga dia. tolong kasi ubat pe sume. huhu. so sweet..

cikkin, iera n kerol pulak dlm perjalanan satu keta. lambat benor diorang nih. singgah shh alam dlu jumpe VC dan Dekan. huhu. macam2.

tu la mimpi gile aku sebab terlalu rindu kat rakan sekelas aku... rakan sekelas yang terbaik pernah aku dapat...

dlu time diploma aku ade rakan sekelas gak. tp skarang walaupun dok blaja satu UiTM, jumpe pun tego paksa rela je. aku pun heran. dlu time Dip bukan main lagi. siap leh kuar jejalan bandar lagi sesame. Guess time changes people right. hope sesangat rakan sekelas aku time degree ni akan tetap kekal bersama rapat buat selama-lamanya... :)

line atas: dari kiri abg long (aida), cida k-pop, aku(yang paling kool n hotz. haha), nor (puan yati) n asya (kaklong lam kelas. leh sya? haha. taklah. asya lagi hotz dari aku)

line tengah:cikkin k-pop 2, irene (aku cantik ba!), syafiq (encik graphic plus, penari aakhen khuli), fareez (otak masuk air, penyanyi terpendam), fiza maksu, kakak aida aris.

line plg bawah: roha rempit, iera emok, onie chan, *jangan konfius yg ane satu emok...haha), sarah cikeding, zura karim(pipi gemuk). hehehe....jgn marah...

tiada dalam gambar: kerol (memiliki bakat terpendam iaitu ketawa. :P)

pix ni hasil kreativiti syafiq. siap bagi sorang satu frame gmbr yg da print lagi. soft spot of the tough guy. huhu.

Guys budak2 MC221 5A... secara jujurnya aku sgt2 rindu kat korang!...huhu... moga kita kekal sahabat smpai bila2. masa dan takdir mungkin boleh pisahkan kita. namun segalnya di hati masing2. walaupun kita sudah berjauhan,bg aku kita tetap kawan kapal selamanya. cheers!

PS: jangan segan nk mintak tolong ke ape2 lau perlukan. jangan sesekali lupa aku bila menempuh hari bahagia. :). love u all sgt2!
3

Entri Khas buat Komik Pedang Setiawan: Peneman Sejak Kecil


Yeeha... Pedang Setiawan aka Feng Yun (Mand) or Fong Wan (Cant). Sebuah komik hebat hasil karya Ma Wing Shing.

Karya hebat ini banyak menemani saya sedari kecik smpai uda besar.Tak berapa ingat sejak umo brape sy baca tp paling tua pun dalam darjah 1 ke 2 macam tu la. huhu. gila komik. skang anak muda lebih gemar baca manga dari Jepun. tp komik hong kong pun tak kurang hebat. cume mungkin sedikit oldskool lah...:)

Penjejak Badai (Nie Feng) mempunyai hikmat Tendangan Angin Puyuh dan bersenjatakan Golok Salji peninggalan keluarganya.

Banyak sebab sy suka komik ni. Ia berkisar tentan Feng dan Yun, atau dalam BM Badai dan Awan. 2 pahlawan ini tiada lansung pertalian darah, bermusuh sedari kecil kerana masing-masing ingin mengambil hati tok guru mereka, Wira Utama.

Namun apabila dewasa, mereka dapat tahu bahawa mereka diambil berguru oleh Wira Utama kerana satu 'prophecy' Nujum Sakti. Mengikut prophecy itu, Wira Utama akan disegani dunia kerana Awan dan Badai namun juga akan dijatuhkan oleh Awan dan Badai.

Jadi setelah Wira Utama mencapai segala keinginan, dia sengaja mengucar-kacirkan hubungan Awan dan Badai demi mengelak mereka bersatu menanganinya. Namun disebabkan Kung Chi gadis yang dicintai Awan terbunuh kerana tipu muslihat Wira Utama, dan pelbagai komplot membunuh Awan dan Badai dilakukan oleh Wira Utama, mereka bersatu padu dan akhirnya Wira Utama tumpas.

Di situ lah titik mula keakraban perhubungan mereka yang kini jauh lebih rapat dariapada saudara kandung sendiri.... cecece...

Penjejak Awan (Bu Jing Yun) mahir dengan Hikmat Cakar Penolak Awan. Dengan berbekalkan sedikit ilmu dari bekas tok gurunya Wu Ming (Tanpa Nama), dia berjuang di medan pahlawan dengan Pedang Istimewa.

Penjejak Awan (kiri) dan Penjejak Badai

Penjejak Badai (Nie Feng) sewaktu kanak-kanak sebelum bapanya hilan bersama Unicorn Berapi dalam Gua Mengawan menyebabkan dia terpaksa berguru dengan Wira Utama.

Komik ni pernah dijadikan versi Filem dan Drama Siri iaitu Storm Riders I & II. Drama lak Storm Riders je. Tapi both saya tak suka sebab pemilihan pelakon tah menda2 n jalan citer pulak diubah sesuka hati, lari lansung dari jalan cerita asal.

Yang paling nympah nye bab lebih2 kan bercinta tu la.. cut cost agaknya. nk wat scene gaduh2 byk2 kos tinggi... mcm Transformers II byk ckp pada lawan. boring! (melalut lak...hehe) Lau orang yg tak baca komik ni mungkin suka la... tp sy tidak... ampun yek Ekin Cheng n Aaron Kwok walaupun anda ganteng...huhu....

Tapi ni zaman mereka muda remaja la. Komik ni dah pun masuk siri ke 579 (jangan terkejut). Sekarang Awan dan Badai pun dah senior citizen, namun masih menjadi pujaan ramai di dunia kepahlawanan.

Apa yang saya paling suka cerita ni ialah lukisannya yang SANGAT CANTIK! dan real. Saya ni gila melukis. so bila nmpak hasil karya gile real dan masterpiece gitu memang sy jatuh chenta la. huhu... jalan ceritanya sedikit meleret da sekarang ni, ramai sangat watak baru smpai saya pun lupa2. kadang2 penjahat tu susah sgt mati. dok ulang2 penjahat sama je. huhu...

yang paling best so far ialah apabila anak Nie Feng iaitu Yi Feng ditukar ganti dengan anak Duan Lang (Penduga Arus, kawan baik Nie Feng yang akhirnya jadik jahat). Jadi si Yi Feng membesar tanpa penghormatan yang sepatutnya dan hidup di kasino smpai dewasa. Namun dia sangat bijak dan nakal.



Sekarang walaupun tahu dia anak Penjejak Badai, dia tetap pilih jalan seorang anak tauke kasino, ala2 bad guy gitu. hehe. Bad guy memang taste sy. So definitely, watak dia paling menarik. huhu.
Awan pulak pun ada anak jugak, Penjejak Angkasa. Tak macam ayahnya yang selalu tidak berperasaan, Angkasa jenis yang cepat terpengaruh oleh perasaan. comel. huhu

komik ni memang antara komik yang sy takleh lepas peluang untuk baca. harga nya lak berubah-ubah, lau dulu RM1.80 je. skang da jadik RM3.50. biasalah, harga gula pun naik mcm Ron97 kan. apetah lagi harga kertas. :P

Selain Pedang Setiawan, banyak jugakla komik lain y memang menjadi koleksi timbunan yang smpai skarang nk letak ane kt dlm umah..huhu... antara komik lain ialah Jejak Wira Versi Baru (& lama), Dendam Kesumat, Alam Perwira (I, II, III, IV, V), Senjata Misteri, Dewata Raya, Darah Perwira, Saga Senjata etc...

Kebanyakannya dari Ma Wing Shing dan sorang lagi taiko komik Hong Kong Tony Wong. Pape hal pun, trimas abang2 sy yang bertiga tu y selalu sponsor komik..hihihi...

Takpela walau Pedang Setiawan akan berkeluaran sampai ke-ribuan pun... sy tetap akan menjadi pembaca dan peminat setia dey all. yeeha~

*sbb hp bercamera sy suda sy 'sedekahkan' jd pixs dlm entri ni sy copy dari webpage ini: Tunak Tripod dan spcnet.tv.
Untuk yang dah ketinggalan untuk beli komik Pedang Setiawan keluaran lepas2, boleh lah lihat2 di web i-Komik
0

Kongsi Yang Memang Langsi

Tanggal 12 Mei 2011 aku bertandang ke East Coast Mall punye GSC untuk tgok filem yang diuar-uarkan hebat neyh. orang blanje, jalan je lah kan. hehe. ikut ati tak terase nk tgok pun sebab filem melayu ni selalunye tidak sampai tahap 'berbaloi' untuk ke wayang.

tp dek kerna citer yang lain nye byk dah tengok dan tidak berapa menarik, maka automatik la citer abg sam yang ensem tu menjadi menarik. hehehe

maka tengoklah aku dengan asyiknya wayang itu. best memang best la. lawak nk mati. tapi.. banyak sangat kurang dalam plot nya. skrip pun tak kuat.. sorry yek farid kamil.

Sam dalam citer ni pegang watak budak terer boxing siam ala Muay Thai Ong Bak. Beliau diarahkan oleh ketuanya Bront Palarae datang ke Malaysia untuk mengucar-kacirkan tiga kumpulan kongsi gelap yang masing-masing diketuai oleh Pak Aziz lakonan Pie, Jimmy dan Victor.

Yang best, tiga kumpulan kongsi gelap ni mewakili tiga kaum utama di Malaysia. elemen 1Malaysia tuh. huhu. Kerja Sam aka Tumulak ialah kena bunuh beberapa individu dari setiap kumpulan itu dan menyebabkan tiga kumpulan itu yang selama ini kautim, jadi gado2 la sebab saling tuduh menuduh.

Tapi yang tak semena-menanya si polis Sharip bin Sharipudin (Fizo Omar) ni rupanya kenalan dan juga musuh lama Sam di Thailand. Jadi dari situ timbullah konflik baru antara mereka dengan kumpulan-kumpulan kongsi gelap tersebut.


"Nama aku Tumulak. Serabot perot la nate beruk ni."

Cosplay Sam ala-ala Naruto sangat. Cara lawan macam samurai plus Muay Thai punye scene. ada elemen peniruan di situ :P

Komen saya: citer ni okey lah. Banyak flash back. Agak kronologi cuma banyak tergantung. Ngape tah Bront Palarae suruh pegi kucar-kacirkan kongsi gelap, tah mane ilang da rakan seperjuangan Sam kt Thailand, tah macam mana tibe2 Fizo ni member lama dia ke semua tu tak jelas diceritakan..

Cuma banyak yang kelakar menggelikan la. Especially bab Sam cakap Kelantan. Sam memang kool abes!

PS: Kongsi ni Memang Langsi. Takat nak gelak lawak bodo bereh.....