wuteva
0

Karma dan Kifarah



november 2014.

aku dikhabar berita yg sebal menyebalkan hati. ape yg ku jangka sememangnya berlaku.
seperti yang ku jangka terjadi.

tidak lah aku terdetik sedikit pn perasaan lagi padanya, melainkan hanya tinggal benci.
apalagi setelah segala yang mereka nafi, hah, menjadi realiti.
who's drama queen now? 

orang kata jika kita benci menandakan kita masih sayang.. 
oh tidak sama sekali. 
ini benci seamat benci. seperti membenci Israel. membenci orang jahat.  
seperti ini lah jua aku membencinya, pengkhianat dalam hidup aku. 

betapa dulu dia membuang aku atas kekurangan ku. 
namun betapa kini dia menyulam bahagia atas kemusnahan yang diciptanya sendiri. 

aku benci sikap betinanya. kenapa tidak berterus-terang?
aku benci sikap baculnya. kenapa tidak mengaku seperti jantan?  
aku benci dramanya. 
aku benci hipokritnya. 

dan sumpah, aku benci nya sampai mati. 

namun benci ini tidak bermakna dendam. 
benci ini tidak bermakna tidak memaafkan.
benci ini menanti karma. menunggu kifarah-Nya. 

bak kata bait lirik Teroesir dari Nidji, 

"Oh Tuhan ampunilah dosa, dendam aku padanya."


Serius, ini lah lagu terbaik dari Nidji. 

selamat berbahagia di atas dua kemusnahan yang kamu cipta sendiri. dan selamat berbahagia di atas kasih seorang anak yang ternafi. selamat berbahagia jua atas kasih seorang suami yang diaibi. 

berbahagialah kalian atas pentas 'sempurna' ini. memang kamulah pasangan terbaik untuk masing-masing.

org kata aku dah pun bahagia. buat apa fikir lagi pasal dia. tang bahagia memang aku setuju. haha. namun perit ditipu, dikhianat, dihina dan dinafi, xmampu ku buang begitu sahaja. apatah lagi tanpa sepatah maaf pun diberi. 

kini aku hanya menunggu karma.