wuteva
0

Kompas Dah Minta Maaf, Bloggers Kita Agaknya Bila Ya?

jgn marah, sejak dua menjak ni mood aku asyek ke politik je...hehe

berita terbaru jadi cover depan Utusan dan BH ari ni ialah akhbar Indonesia, Kompas melafazkan maaf atas laporan palsu aka fitnah terhadap PM dan keluarga beliau..

ni hah, keratan berita tersebut,



Akhbar Kompas mohon maaf kepada Najib dan keluarga

2011/08/21

JAKARTA: Akhbar Kompas hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya atas satu laporan yang disiarkan pada 4 Ogos lalu yang berunsur fitnah.

Permohonan maaf itu adalah berkaitan dengan tulisan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan sebuah syarikat perniagaan, yang dinafikan kebenarannya dan juga cincin berlian berharga AS$24 juta, yang sebenarnya tidak pernah dipesan oleh Rosmah. Permohonan maaf itu juga merujuk kepada laporan mengenai bakal besan Perdana Menteri yang dikatakan kononnya mempunyai hubungan dengan mafia Rusia."

Atas berita itu, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan keluarga," kata Rikard dalam Kompas Minggu, hari ini.

Permohonan maaf itu terkandung di perenggan 10, muka surat 10 akhbar berkenaan dalam satu laporan bertajuk "PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia", tulisan wartawan kanan Kompas Jimmy S. Harianto.

Harianto yang dihubungi Bernama pada Jumaat lalu berkata, beliau sendiri menyampaikan permohonan maaf secara lisan kepada Najib apabila beliau bertemu dengan Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, Putrajaya pada Khamis.

Semasa pertemuan itu Najib menyatakan rasa terperanjat dengan laporan Kompas pada 4 Ogos itu.

"Saya terperanjat dengan laporan itu. Sebab faktanya, saya tahu itu tidak benar sama sekali," Najib dipetik akhbar itu dalam tulisan Harianto hari ini.

"Apa lagi hal ini berkaitan nama Ketua Kerajaan negara jiran, yang mana hubungan kita amat penting sekali," kata Najib.

Pada pertemuan dengan Najib itu, Harianto turut mengadakan wawancara khas dengan Perdana Menteri berkaitan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia.

Najib yang ditanya mengenai harapan Malaysia kepada Indonesia sebagai negara jiran dan Pengerusi Asean kali ini berkata, beliau mengharapkan hubungan dua hala yang sangat akrab, ibarat hubungan dua negara jiran yang mempunyai warisan yang sama dan erat daripada segi sejarah.

"Hubungan budaya, agama, dan hubungan kekeluargaan (Najib keturunan ke-11 daripada Kerajaan Gowa, Sulawesi Selatan).

"Sudah tentu hubungan Malaysia dan Indonesia ini diasaskan atas faktor yang lebih istimewa dan lebih unik, dan kita harus menterjemahkan apa yang kita warisi ini sebagai legasi dalam bentuk hubungan pada konteks masa kini. Saling memberi manfaat kepada kedua-dua bangsa," Najib dipetik sebagai berkata.


PM Najib bersama wartawan kanan Kompas. Gambar diambil dari laman web Utusan Malaysia

Perdana Menteri juga percaya isu pertItalicikaian sempadan maritim kedua-dua negara akan dapat diselesaikan namun kedua-dua pihak harus ada kompromi jika mahu mencari penyelesaian politik berhubung isu itu.

Mengenai demokrasi, Najib menjelaskan bahawa demokrasi yang diamalkan di Malaysia adalah sistem yang sudah melalui proses evolusi namun prinsipnya jelas sekali bahawa tidak ada sebarang kekebalan, walaupun kepada parti pemerintah.

"Bila ada pilihan raya, parti pemerintah senasib dengan parti pembangkang. Nasib di tangan rakyat, tak berlaku sebarang manipulasi untuk menentukan kesahihan dari perolehan suara. Undi ditentukan oleh rakyat," kata Najib.

Yang selalu menjadi polemik ialah definisi keterbukaan kerana kerajaan mempunyai pendapatnya sendiri mengenai perkara itu dan parti pembangkang ada pendapatnya juga, namun prinsip utamanya ialah hak rakyat untuk memilih kerajaan secara adil dan bebas.

"Demokrasi berlaku di Malaysia. Parti pemerintah pernah kalah di peringkat negeri dan memang belum pernah di peringkat pusat," Najib menjelaskan.

Mengenai peluang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, Perdana Menteri berkata, rakyat kini semakin yakin dengan BN berdasarkan keputusan beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, namun parti itu tidak menjadikan keputusan-keputusan itu sebagai ukuran mutlak.

Oleh itu BN terus berusaha dengan segala upaya membentangkan agenda dan program yang dapat memberi kepuasan dan keyakinan kepada rakyat.

"Bukan sahaja dengan (membentangkan) program kerajaan, program ekonomi, tetapi juga program yang menyentuh rakyat. Program yang memberi kelegaan dan kepuasan kepada rakyak, terutama dalam konteks fenomena inflasi global - hubungan dengan kenaikan harga makanan dunia.

"Ini semua adalah isu-isu yang perlu kita tangani. Dan yang tak kurang penting ialah menjaga komunikasi dengan rakyat," kata Najib. - BERNAMA

- Berita Harian, 22 Ogos 2011



hah, ni lah dia penangan freedom of speech.

buat yg kurang tahu pasal terms aku guna td, freedom of speech terletak di bawah salah satu akta di bawah UN ataupun PBB yang menjamin hak asasi manusia (United Nations Declaration of Human Rights).

'freedom of speech'
di bawah akta UN inilah membuatkan byk pihak di negara kita suka sgt persoal pasal ni.

sebelum aku ulas lanjut, hai, UN tu jaga sgt lah hak asasi semua manusia? tengok Palestin suda.

Walau apapun yg berlaku, Malaysia tidak boleh ada absolute freedom of speech. sbb Malaysia negara berbilang kaum

boleh ke ckp Islam agama paling bagus? agama korang hancur. kafir? boleh ke ckp adat India tah pape, bising je tiap2 malam? boleh ke nk claim Cina makan pork tu busuk? haram?

hai...silap2 aku pun kena dakwa bawah Akta Hasutan nih...haha

Indonesia negara yang memang amat bebas dan berita palsu itu sumber nya diambil dr blog

bro, blog mane valid.. tak mcm akhbar atau TV.. org yg tak belajar journalism mungkin tak faham kenapa aku ckp mcm ni... dey all akan claim TV, akhbar sume barua kerajaan.

dah tu Harakah, Suara Keadilan, Malaysiakini, Malaysian Insider blah blah blah tu ape? jgn ngata dulang paku serpih...

tapi macam Kompas, bab etika dan tanggungjawab nye aku tak berani komen. tp skali pandang pun tahu lah, niat tidak wanginye mmg nk memburuk-burukkan Malaysia. apepun, dia punye Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun dah jadi gentleman minta maaf atas kesilapan diorang.

bloggers kita agaknye bile plak ye?

byk sgt da benda-benda tak masuk akal dituduh ke arah PM dan Rosmah, especially. ape ke benci sgt ngan Rosmah pun aku tak faham.. apa yg aku faham cuma segala yg mereka tuduh, so far belum ada lagi bukti.. tp apa yg terjadi pd mereka (pembangkang) byk sgt da terbukti.. pikir la sendiri..

hurm.. bak kata kawan aku Meor Iszwan, mimpi lah dey all ni nk minta maaf, siap ada blog gelakkan Kompas sebab bacul g minta maaf.

hai. hebat tuh.. agaknya lah smpai parti negara jadi one system party baru takde bloggers mcm ni.. (nk ke??)





P/S: nk claim freedom of speech konon.. minda masyarakat kita yang kelas ketiga dah advance blum? nk capai tahap total freedom? jgn berjuang hny pada nama.. bak kata Tun, pengisian itu jauh lebih susah...

0

Tiga Tahun Tanpa Keadilan

Tiga tahun tanpa keadilan

lau kita kena aniaya dan dah buat everything we cud, tp takde pape pun dpt setelah tiga tahun

ape kita rase?

sekurang-kurangnya itu yang aku faham dengan perjuangan Saiful Bukhari Azlan

Buletin Utama TV3 edisi 16 Ogos 2011 menyiarkan berita dia

Tiga tahun lalu, pada tarikh hari ini (15 Ogos 2011), Saiful melafazkan sumpah laknat bahawa dia diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

inilah lafaz sumpahnya,
"A’uzubillahi minas syaitanirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya. Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah S.W.T dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah S.W.T sehingga ke kiamat. Wallahualam."

(Utusan Malaysia, 15 Ogos 2008)
masa tu pun kecoh gak sbb Anwar tak nak angkat sumpah mcm dia, dan ada yg bising sumpah dia xcukup syarat la, tak sah la ada konspirasi la. (konspirasi lagi).

yg aku heran nye bakpe nk pertikai sumpah Saiful?

kenapa tak persoal Anwar tak nk angkat plak?

pada yang tak tau, sumpah laknat bukan sumpah sebarang sumpah. aku tak berani ckp dia punye sumpah tu sah ke tak sah ke ape ke, tapi keberanian dia angkat sumpah tu yg matters.

sbb sumpah laknat ni kalau kita betul2 yakin baru angkat sumpah.

sbb xpelik kalau dia tipu, sekelip mata je dah kena panah petir.

tp tu lah, dok persoal jugak dia nyer sumpah. Anwar tak angkat sumpah tak de menda pulak. aiseh. dabel stendet.

huhu. pelik nor, masyarakat kita kalau terlalu obses macam tu lah, tak leh fikir rasional.

dan tiga tahun dah berlalu. masih tiada apa-apa yang berlaku

kehakiman kita lemahkah?

teringat aku apabila Datuk Zaid buat parti KITA untuk make sure everything is judged on Judiciary/Law. kalau mcm ni lah kehakiman, maka byk lagi yg perlu dilakukan.

back to Saiful punye kes. mcm post entry aku sebelum ni, bukti da ada. sumpah da siap buat da.

apa lagi masalah?

masalah ialah orang yg dia tuduh tu Anwar. Anwar yg bak kata Tun Mahathir dlu, 'Raja Putar Belit'.

so.. jangan pelik la. tiga tahun tu ciput je bagi Anwar. skang dia da drag byk lagi nk kaver kes dia. hurm... 30 tahun pun tak pelik la weh...huhu

sbr la Saiful. kalau kita di pihak yang benar, gelap kan terang jua akhirnya.

sama macam aku slalu ckp kt my sis yg teraniaya. dia lagi la, da hampir 9 tahun tanpa pembelaan, apalagi keadilan...



tp xpe.
ketahuilah sekurang-kurang nya ramai yang bersamamu, Saiful.

1

Amboi. Who Are You, Anwar?

nah. ni entry pertama aku pasal politik.

aku memang minat politik. sejak aku skolah lagi. tak penah terlepas baca cerita politik.


ni kesah terbaru pasal mantan timbalan perdana menteri Malaysia 'kesayangan' ramai, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


kes mahkamah dia ni dah berkurun-kurun da tertangguh-tangguh. tak faham apa yang lame sgt.


guess what? mentang-mentang dia kena bela diri, dia suarakan nk heret PM Najib ngan isteri Rosmah dan termasuk jugak lah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ke mahkamah untuk disoal siasat sebagai saksi.


mereka bertiga adalah antara 18 orang yang turut akan dipanggil untuk soal jawab dalam kandang mahkamah nanti.


amboi. who are you Anwar?


yg aku tak faham, mahkamah boleh pulak bg kebenaran.


yeah congratulations. macamana tah nk respect sistem kehakiman mcm ni?
bersama isteri kesayangan dan aksi lakonan 'kena belasah woo' time Bersih Rally 2.0. sian Kak Wan Omega.

bukti dah ada. motif dah ada. apa lagi yang nak disoal siasat?


betul. mungkin ada konspirasi atas apa yang berlaku pada dia.


tapi kenapa nak menafi hakikat?
konspirasi tak boleh menafikan hakikat.

tak kira sape pun yang berkomplot nak jatuhkan idola pembangkang dan warga muda bajet reformis ni, hakikat dia memang buat liwat tu.


dia memang buat.


so??


itu yang paling utama.


sebenarnya aku tak kesah pun PM ke sape ke kena panggil. sbb tu prosedur mahkamah kan. tp kes dia ni melampau sgt.


benda dah terbukti. nk panggil saksi lagi? adoyai.


padahal dia takut. dan nk heret dan leret lagi kes dia. takat hadap sorang pun dah 3tahun lebih.18 saksi pulak? mau la lagi 5,6 tahun. sistem kehakiman kita kan cekap.


tindakan dia ni tak ubah macam kita gaduh ngan adik-adik time main-main masa kecik-kecik dlu. sbb kalah lumba lari ngan dia, siap slhkan mak ckp bg makan byk2 jadi tak larat nk lari.


huwa. admit je la. adey.


sama macam orang dok sibuk gaduh ngan aku ckp pasal kes video hot dia tu. ape ke hal nye eskay pegy rekod. ape ke jahat nye taktik eskay sembunyi kan kamera. ape ke motif eskay? mesti nk jatuh kan anwar.


aku tanya balik, "kenapa nk persoal eskay? persoal yang rekod? sedangkan dia memang buat."


hakikat dia kat situ, kot mane2 pun dia memang buat. so? nk slhkan eskay? nk slh kan tok Jib? rosmah? sbb komplot nk jatuhkan dia?


hello? yg pegy buat tu pe hal?


woh. kalau mcm tu best la kan. pegy clubbing. skali parent tengok gambar, boleh pegi salahkan member2 yang kantoikan gmbr tu.


the point is? ko pegy kenapa? huhu.


mcm kes dia ni. bukti da ade kan. what's more to say?


jap g ada la maki aku ni ckp bukti pun konspirasi. bukti tipu. mahkamah tipu. saiful kena upah. dlu anwar claim kena cucuk HIV lah, arsenik lah zaman dia kena bicara kes ngan sukma dlu, tak mati-mati pun eh.


sape tipu?


P/S: tak rela kena tipu.

0

Entry Khas untuk Metallica



exit lights...
enter night...
take my hand
we're off to never never land...

hoho. metallica. band paling awesome dalam sejarah metal. so far yg aku tau la. sbb even until now, vid dey all kat youtube are still watched each and everyday, viewed more than by millions of viewers.

and me? sangat2 lah minat this band. haha. memang tak macam awek.

band ni hebat sebab lagu dia yg sgt2 menusuk kalbu tu. yelah, part of the heavy guitar riffs, bunyi drum yg bingit dan suara keras lagi suka menyumpah vocalist dia, lagu dia tetap hebat. (sebab tu pun lagu dia hebat. haha)

mule2 aku start jatuh ati ngan band dey all nih, time tu aku darjah 6, masa diorang wat kuar album reload (1999) lagu Memory Remains. sbb suara penyanyi jemputan macam suara sudirman. ahaha.

start dari situ aku mule layan dis band. album reload dah kira macam album rock da. previous albums dey all, byk lagu yg sgt heavy... meh aku senarai satu-satu...

first album dey all, Kill 'Em All (1983). nah. tajuk album pun dah nk bunuh orang. memang ganas pun lagu2 dlm ni. uhu. awal2 band ni tetap bersandar pada epic, macam lagu The Four Hoursemen. lagu lain memang lagu nk bunuh orang. haha. mcm lagu Seek and Destroy, Jump in the Fire, Whiplash, Phantom Lord. shiver jugak la lau tak biasa dengar lagu mcm ni. hikhik.

second album, Ride the Lightning. album ni byk more on rebel lagi lah. well, tak wujud sebuah band metal kalau bukan untuk rebel ye dak.

mesej album ni vary. ada on epic theme, macam creeping death, lagu untuk JEWS zaman PHARAOH (kalau uols tak tahu, JEWS dlu ialah slaves PHARAOH before MOSES (Nabi Musa) bebaskan diorang). lagu lain mcm Fight Fire With Fire, For Whom the Bell Tolls dan Ride the Lightning sendiri, byk lagu more on semangat untuk fight back la...

pendek kata kalau jiwa memang tak kacau, tak tensi, DON'T LISTEN TO THIS ALBUM. haha

third album dey all, album yg paling awesome kot, bagi aku, ialah Master of Puppets. Banyak lagu dalam album ni yg jd kegemaran peminat dey all. esp lagu Master of Puppets, Welcome Home (Sanitarium), The Thing that Should Not Be etc.

pada aku album ni awesome sebab album ni terakhir dpt sentuhan Cliff Burton (bassist) sbelum dia meninggal dalam kemalangan jalan raya pada 1986. lagu2 dalam ni pun, tetap memberontak. haha. cuma byk more on fantasy la. mcm Master of Puppets sendiri. tp sgt best.

paling aku suke, Welcome Home (Sanitarium) lah. perjuangan orang gila dekat wad gila. unik kan? hehe


forth album, masih lagi keras, ...And Justice for All. album yang sgt remarkable. byk berjuang pasal ketidakadilan dalam pemerintahan sesebuah negara. n byk mesej perang jugak. mcm lagu One, To Live is To Die, Dyers Eve dan Harvester of Sorrow, album ni sgt2 lah menunjukkan betapa semangat tinggi band ni dlm idup dey all. sbb amat sukar untuk dey all bangkit lepas Cliff da tiada.

fifth album, album yang sangat2 amat memperkenalkan diorang ke semua pendengar musik. lau 4 album sebelum ni, peminat underground scene dan heavy metal je yg layan, album kelima ni memang buat semua tahu band ni. sape tak penah dengar bait 'exit light, enter night?'

cuma yang pelik album ni tade nama. ada orang pggl album tu self-entitled. ada pgl black album. apepun, lagu dlm album ni sgt catchy but still heavy. start dengan Enter Sandman, Don't Thread on Me, Wherever I May Roam, Sad But True dan beberapa lagu slow metal seperti Nothing Else Matters dan The Unforgiven.


pada aku, album ni sgt easy-listening pada mereka yg baru nk berjinak2 dengar lagu metallica. tp stakat dengar n hafal lagu dlm album ni, blum boleh bangga lagi la ckp peminat metallica...huhu. sbb byk lagu dlm album ni dah 'light' skit. paling aku suka dlm album ni, The Unforgiven. lagu tentang survival untuk hidup. n jugak Wherever I May Roam. lagu tentang indipendence. smart gila!

next album ialah Load dan diikuti dengan Reload. Album ni pun da byk menunjukkan Metallica cuba lari dari imej 'metal' dan coba-coba nk jadi rockstar. bukti? sbb dey all da potong rambut. pendek gila. haha. tp aku tetap suka.


dey all ngan ramut pendek. smart kan? haha

lagu-lagu dlm album ni pun da tak heavy sgt. cuma more to relax, but still punching in the lyrics.

after that they all released album 'Garage Inc', album cover lagu band lain yang diorang suke jamming. after quite a long time, si james (vocalist) sangkut ngan alcohol addiction, jason (bassist) left the band, they all came out dengan album baru, St. Anger pada 2004, diikuti dengan Death Magnetic. Album ni back to heavy balik.

Jason Newstead yg macho amat.

tp aku da kurang layan. sbb tak suke bassist baru dia... hahaha. i want jason back!!!

pape hal pun, ni hah line-up metallica.


line-up untuk album Kill 'EM All until Master of Puppets. then Cliff say bye bye...huhu
dari kiri kirk hammet (lead guitar), james hetfield (vocalist/rhythm guitar), lars ulrich (drum) cliff burton (bass)


Line-up baru after Jason was in the band. Jason dipilih jadi bassist baru lepas audition. =)


line up terbaru ngan rob tujilo as the bassist.. unlike unlike unlike. haha. sorry rob.

pada aku yg gila band ni, apa yg paling mahal pada dey all ialah diorang perform lagi hebat dari studio version. imagine la. slalu band kan pancit time perform live. tp metallica tak...metallica live lagi sedap, lagi semangat, lagi gempak lau banding ngan how they sound in album. give yourself a try.

and stakat ni je lah entry general untuk dey all. aku akan sambung lagi untuk special entry. sambung? haha. yah. sebab aku teramat minat band ni kan. haha

p/s: teringat abg long aku dlu story pasal band nih. first time dia dengar album Master of Puppets, time tu dia dok skola menengah, dia demam! sbb penangan album tu. hahaha~