wuteva
0

Berhati-hatilah : Sebenarnya Kita Setiap Masa DiUji



Hidup ni umpama roda.
Kadang atas, kadang di bawah.

Hidup ni umpama drama.
Kadang kita pelakon utama, kadang kita tempelan.

Kerana hidup ini fana.

Sebab itu tiap apa sahaja yang kita buat, yang kita hadapi, yang kita alami dan yang kita perolehi sebenarnya, semua ujian.

Bersyukurlah jika kita dikurnia hidup yang 'normal'.
Normal apabila belajar, pandai. Apabila dewasa, cantik. Apabila bercinta, bahagia. Apabila bersama, jodoh. Apabila berkahwin, dikurnia cahaya mata. Apabila dikurnia cahaya mata, sempurna kah hidup kita?

Tidak.

Sebab segalanya sebenarnya ialah ujian dari-Nya.

Sedang kita dibayangi kebahagiaan bersama ibu bapa, ada yang tidak pernah sempat pun kenal kasih sayang mereka. Sedang kita dihujani kasih sayang suami/isteri, ada yang berhempas pulas mencuba mengenali hati budi, namun tidak ke mana. Ada jua yang gagal dan putus di tengah jalan walau hangat menyulam impian. Sedang kita dipayungi kasih sayang anak dan menanti cahaya mata, ada yang berperit sakit berubat demi mendapat harapan yang sama. Sedang kita dilimpahi kekayaan, makanan yang mewah dan rumah yang selesa, ada yang hanya mampu bersyukur dengan sesuap nasi sahaja.

Dan harus ingat, segalanya tidak akan kekal selamanya. Jika ia itu hanya ditakdirkan Allah hanyalah ujian atau lebih tepat lagi pinjaman, bila-bila masa sahaja ia akan diambil.

Jadi jangan lah mendabik dada kerana mendapat sesuatu yang sekangkang kera saja pun kelebihan berbanding orang lain. jangan terlalu mempamer kebahagiaan dan keseronokan hidup, dan jangan terlalu cepat lupa siapa kita sebelum mendapat segala sesuatu itu.

Bersyukurlah, dan ingatlah, kita sebenarnya setiap masa diuji.

Dan jangan sekali-kali lupa diri.

0 comments:

Post a Comment