wuteva
0

Orang Muda Harus Bersikap Idealisme, Bertenaga dan Bercita-cita – Hishamuddin Rais

Oleh Nor Hidayati Mokhtar
Hishamuddin Rais teruja dapat Sasaran. Tahniah pada team yang publish this publication! Abg Isham puji. :)


Dalam mengejar arus kemodenan dunia, negara akan sentiasa dirundung pelbagai cabaran getir. Dengan fenomena ‘tidak mengambil peduli’ pada anak muda kini, mampukah mereka membina kubu negara yang lebih kukuh, lebih hebat pada masa hadapan?


Sesi temubual khas bersama penulis hebat dan peniup semangat perjuangan pergerakan pelajar, Hishamuddin Rais menyingkap sudut baru dalam fenomena sikap anak muda kini.


“Anak muda harus hidup dalam kemudaan,”

Itulah ungkapan bermakna Hishamuddin Rais, blogger Tukar Tiub dan penulis jemputan laman portal berita Malaysiakini serta beberapa majalah tempatan. Menurut beliau anak muda harus mempunyai idealisme, bertenaga dan bercita-cita. Itulah ciri-ciri anak muda yang sejati dan itulah yang dimaksudkan dalam kemudaan.

Sebaliknya rata-rata anak muda kini takut dan tidak mahu mengambil peduli akan keadaan sekeliling. Mereka lebih gemar tertarik dengan retorik teknologi dan hiburan semata-mata. Tidak ramai yang memiliki kredibiliti dan jati diri anak muda yang sebenar.


“Dalam masyarakat kita, anak muda kini kebanyakan telah ‘dituakan’. Benar, dari segi biologinya mereka masih muda namun fikrahnya mereka sudah ‘tua’. Kalau dalam bahasa anak muda, menjadi poyo dan skemalah. Penyakit inilah yang kita tidak mahu menular dalam diri anak muda kita,” kata beliau.


Penyakit ‘tua’ yang dimaksudkan beliau ialah terlalu tidak proaktif, lemah dan hanya bertindak mengikut arus. Anak muda kini rata-rata tidak ada inisiatif dan tidak berupaya melakukan sesuatu yang baru. Jika ini berterusan, negara ini tidak akan ke mana-mana.


Menyingkap kenangan beliau apabila dibesarkan di Eropah, beliau yang mesra disapa Hisham menyatakan anak muda mesti bercita-cita untuk melakukan sesuatu yang baru. Pada hari pertama belajar, cikgu telah menanamkan semangat bahawa setiap pelajar mesti melakukan sesuatu yang baru dan tidak mengulangi apa yang dilakukan oleh mereka yang terdahulu. Itulah rahsia mereka lebih berinovasi dan kreatif dalam melahirkan idea dalam membangunkan negara.


“Semua yang berusia dalam linkungan dalam 18-35 tahun harus memiliki ciri orang muda iaitu idealisme, bertenaga dan bercita-cita. Berbeza dengan mereka yang berumur, apabila telah masuk 35, dia tidak lagi ada inisiatif untuk sesuatu perkara,” kata beliau lagi.


Peranan yang dimainkan oleh anak muda ini adalah begitu penting sekali kerana mereka ini yang akan membawa pembaharuan. Kalau anak muda tidak memiliki tenaga, idealisme dan cita-cita, maka negara itu akan menjadi mundur.


Sejarah mengatakan sejak 300 tahun dahulu anak muda di Afrika ditangkap dan dijual untuk dijadikan hamba abdi. Mereka dibawa lari ke Amerika untuk menguruskan ladang tebu dan kapas. Oleh itu sehingga kini Afrika masih belum maju. Inilah bukti kepincangan kekuatan negara tanpa orang muda.


Sewaktu ditanya pendapat tentang situasi anak muda di Malaysia pada ketika ini, Hisham berpendapat mereka jauh berbeza dengan anak muda pada zaman beliau. Anak muda kini hebat dari segi kecanggihan teknologi namun dari segi fizikal anak-anak muda kini ada satu perkara yang kehilangan.


Anak muda kini kehilangan keupayaan untuk melakukan sesuatu yang baru.


Sebagai warga yang cemerlang, yang sentiasa mahukan yang lebih baik, anak muda harus meningkatkan inisiatif, menjadi lebih berani dan bukan ‘skema’, dan seperti kata Hisham, bukan orang muda yang telah dituakan. Jadilah orang muda yang melakukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh orang muda.


Setelah 54 tahun mencapai kemerdekaan, Malaysia kini semakin ke depan dalam arus pembangunan dan kemodenan. Terima kasih kepada pemimpin yang rata-rata begitu komited dalam memperjuangkan nasib anak bangsa agar mencapai taraf antarabangsa. Namun pernahkah kita memikirkan apa yang mampu kita sumbangkan kepada negara?
Mengambil bait terakhir kata beliau,

“Kamu masih muda, jadilah orang muda. Teruskan sikap mulia orang muda. Walau berbuat silap, jangan mengalah sebaliknya belajar dari kesilapan. Kesilapan ialah guru yang paling baik. Perlu diingat, anak muda tunjang negara,” -Hishamuddin Rais

Jika pada zaman Rasulullah S.A.W, golongan mudalah yang menerajui barisan hadapan dalam peperangan. Dengan jati diri yang ada pada anak muda dalam masyarakat kita hari ini, mampukah kita bersaing dengan peranan golongan muda pada masa dahulu? Tepuk dada tanya selera.


p/s: Abang hisham memang cool. style dan warm welcoming. undescribeable experience with him. n great time meeting Abg faizul n jab from Milenia Muslim magazine. tq roha and her bf. yeeha~ memang tak nyesal aku accept tanggungjawab saimen ni dr my lect, sir mirul. thanks to sir and sir faisal jugak atas tunjuk ajar. best gile!!

0 comments:

Post a Comment