wuteva
3

Entri Khas buat Komik Pedang Setiawan: Peneman Sejak Kecil


Yeeha... Pedang Setiawan aka Feng Yun (Mand) or Fong Wan (Cant). Sebuah komik hebat hasil karya Ma Wing Shing.

Karya hebat ini banyak menemani saya sedari kecik smpai uda besar.Tak berapa ingat sejak umo brape sy baca tp paling tua pun dalam darjah 1 ke 2 macam tu la. huhu. gila komik. skang anak muda lebih gemar baca manga dari Jepun. tp komik hong kong pun tak kurang hebat. cume mungkin sedikit oldskool lah...:)

Penjejak Badai (Nie Feng) mempunyai hikmat Tendangan Angin Puyuh dan bersenjatakan Golok Salji peninggalan keluarganya.

Banyak sebab sy suka komik ni. Ia berkisar tentan Feng dan Yun, atau dalam BM Badai dan Awan. 2 pahlawan ini tiada lansung pertalian darah, bermusuh sedari kecil kerana masing-masing ingin mengambil hati tok guru mereka, Wira Utama.

Namun apabila dewasa, mereka dapat tahu bahawa mereka diambil berguru oleh Wira Utama kerana satu 'prophecy' Nujum Sakti. Mengikut prophecy itu, Wira Utama akan disegani dunia kerana Awan dan Badai namun juga akan dijatuhkan oleh Awan dan Badai.

Jadi setelah Wira Utama mencapai segala keinginan, dia sengaja mengucar-kacirkan hubungan Awan dan Badai demi mengelak mereka bersatu menanganinya. Namun disebabkan Kung Chi gadis yang dicintai Awan terbunuh kerana tipu muslihat Wira Utama, dan pelbagai komplot membunuh Awan dan Badai dilakukan oleh Wira Utama, mereka bersatu padu dan akhirnya Wira Utama tumpas.

Di situ lah titik mula keakraban perhubungan mereka yang kini jauh lebih rapat dariapada saudara kandung sendiri.... cecece...

Penjejak Awan (Bu Jing Yun) mahir dengan Hikmat Cakar Penolak Awan. Dengan berbekalkan sedikit ilmu dari bekas tok gurunya Wu Ming (Tanpa Nama), dia berjuang di medan pahlawan dengan Pedang Istimewa.

Penjejak Awan (kiri) dan Penjejak Badai

Penjejak Badai (Nie Feng) sewaktu kanak-kanak sebelum bapanya hilan bersama Unicorn Berapi dalam Gua Mengawan menyebabkan dia terpaksa berguru dengan Wira Utama.

Komik ni pernah dijadikan versi Filem dan Drama Siri iaitu Storm Riders I & II. Drama lak Storm Riders je. Tapi both saya tak suka sebab pemilihan pelakon tah menda2 n jalan citer pulak diubah sesuka hati, lari lansung dari jalan cerita asal.

Yang paling nympah nye bab lebih2 kan bercinta tu la.. cut cost agaknya. nk wat scene gaduh2 byk2 kos tinggi... mcm Transformers II byk ckp pada lawan. boring! (melalut lak...hehe) Lau orang yg tak baca komik ni mungkin suka la... tp sy tidak... ampun yek Ekin Cheng n Aaron Kwok walaupun anda ganteng...huhu....

Tapi ni zaman mereka muda remaja la. Komik ni dah pun masuk siri ke 579 (jangan terkejut). Sekarang Awan dan Badai pun dah senior citizen, namun masih menjadi pujaan ramai di dunia kepahlawanan.

Apa yang saya paling suka cerita ni ialah lukisannya yang SANGAT CANTIK! dan real. Saya ni gila melukis. so bila nmpak hasil karya gile real dan masterpiece gitu memang sy jatuh chenta la. huhu... jalan ceritanya sedikit meleret da sekarang ni, ramai sangat watak baru smpai saya pun lupa2. kadang2 penjahat tu susah sgt mati. dok ulang2 penjahat sama je. huhu...

yang paling best so far ialah apabila anak Nie Feng iaitu Yi Feng ditukar ganti dengan anak Duan Lang (Penduga Arus, kawan baik Nie Feng yang akhirnya jadik jahat). Jadi si Yi Feng membesar tanpa penghormatan yang sepatutnya dan hidup di kasino smpai dewasa. Namun dia sangat bijak dan nakal.



Sekarang walaupun tahu dia anak Penjejak Badai, dia tetap pilih jalan seorang anak tauke kasino, ala2 bad guy gitu. hehe. Bad guy memang taste sy. So definitely, watak dia paling menarik. huhu.
Awan pulak pun ada anak jugak, Penjejak Angkasa. Tak macam ayahnya yang selalu tidak berperasaan, Angkasa jenis yang cepat terpengaruh oleh perasaan. comel. huhu

komik ni memang antara komik yang sy takleh lepas peluang untuk baca. harga nya lak berubah-ubah, lau dulu RM1.80 je. skang da jadik RM3.50. biasalah, harga gula pun naik mcm Ron97 kan. apetah lagi harga kertas. :P

Selain Pedang Setiawan, banyak jugakla komik lain y memang menjadi koleksi timbunan yang smpai skarang nk letak ane kt dlm umah..huhu... antara komik lain ialah Jejak Wira Versi Baru (& lama), Dendam Kesumat, Alam Perwira (I, II, III, IV, V), Senjata Misteri, Dewata Raya, Darah Perwira, Saga Senjata etc...

Kebanyakannya dari Ma Wing Shing dan sorang lagi taiko komik Hong Kong Tony Wong. Pape hal pun, trimas abang2 sy yang bertiga tu y selalu sponsor komik..hihihi...

Takpela walau Pedang Setiawan akan berkeluaran sampai ke-ribuan pun... sy tetap akan menjadi pembaca dan peminat setia dey all. yeeha~

*sbb hp bercamera sy suda sy 'sedekahkan' jd pixs dlm entri ni sy copy dari webpage ini: Tunak Tripod dan spcnet.tv.
Untuk yang dah ketinggalan untuk beli komik Pedang Setiawan keluaran lepas2, boleh lah lihat2 di web i-Komik

3 comments:

Anonymous

wahh minat jejak wira gak??suker saper?chen ao yun?suker dragon long

yatt hagureru

hehe of course wong feng lei hihi

Ken

Xsempat baca permulaan episod jd xtahu caner ceritanye sbb tngk Storm raiders mcm lain je ceritanya.

Post a Comment