wuteva
0

Tiga Abdul, industri seni dulu dan sekarang

pic dari http://www.p-ramlee.com/

Tan Sri P. Ramlee. walaupun beliau telah lama meninggalkan kita, namun jasa dan keagungan beliau dalam industri seni memang tidak boleh dinafi. ye ah. aku yg hidup bukan zaman beliau pun, ley layan muvie yg beliau arahkan.

plg indah, byk statement dlm movie zaman beliau, kita masih guna dengan meluasnya. contoh,

'kecik2 tanak mampus, besar2 menyusahkan orang," dari Seniman Bujang Lapok,
'bodoh, byk makan belacan' dari movie Ahmad Albab
'eh ape da' dari nujum
pak belalang
'hentam sajelah' dari nujum pak belalang

haha. best wo muvie dia. sejak dari aku sekolah rendah, smpai ke sekarang, tgok muvie dia berulang2 pun still leh gelak lagi. tak basi!

ni salah satu muvie hebat beliau jugak, Tiga Abdul

'

rafidah: maafkan lah adinda kanda. dinda janji tak buat lagi ye kanda sayang.

abdul wahib: tamau sayang! (siap jelir lidah lagi! ahaha)

abdul wahub: eleh. merajuk konon. Penyamun!

hamidah: kanda jangan la merajuk. marilah dinda pujuk.

abdul wahab: tamau!

hamidah + rafidah : tamau sudah!

(aksi tergedik-gedik merajuk yg buat aku tak tahan tu. huhu)

abdul wahub: khadam tua, khadam betina, khadam bodoh nak mampus.

(memang kasar tp the best. haha)

abdul wahub: aku bukan adikmu bahlul!

abdul wahub: apa yang ko tiup. tu ballpen!

sideq segaraga: hamba salah tuan.

abdul wahub: ayahanda marah lagi tak?

sideq segaraga: tidak...

Tiga Abdul, kisah tiga beradik yang kaya raya yang ingin ditipu oleh saudagar kaya yg mahukan harta mereka. tapi si abdul wahub yang bijaksana ni telah menyelamatkan mereka semua dan menjadikan semuanya kembali seperti biasa dengan adil dan seksama.

alah. korang lagi tahu la pasal muvie ni. tapayah aku story pjg. huhu

citer ni memang antara all time faveret aku. Seniman Agung kita ni, selain menyanyi, menari, bikin musik, berlakon, mengarah, buat skrip, memang beliau yang paling hebat. esp muvie lawak dia la. huhu... walaupun lawak, tetap ada pengajaran.

teringat dlu seniman Ahmad Mahmud pernah marah industri kita sebab terlalu agungkan P.Ramlee. sedangkan beliau lansung tidak sehebat mana berlakon. memang, tapi beliau diiktiraf kerana kebolehan beliau yang pelbagai. sedangkan Ahmad Mahmud, seorang pelakon sahaja. walaupun begitu, lakonan beliau memang sangat mantap.

ape ape pun, semua pelakon dan penyanyi industri lame, aku kagumi. sekarang nk cari bakat dan kesungguhan macam diorang, manyak susah. cuba fikirlah, pemenang Pelakon Terbaik FFM ke, Anugerah Skrin ke ape ke, leh ke celen lakonan dey all ni? leh ke celen lakonan Ahmad Mahmud dalam Hang Tuah, Nordin Ahmad dalam Seri Mersing, lakonan Latifah Omar dalam Bawang Putih Bawang Merah? xdpt lagi asenye.

apelagi mereka semua ni berlakon, lansung tiada pengiktirafan macam sekarang. kebanyakan nye merempat je. bukan kaya mcm artis kita sekarang. jadi model produk la, jurucakap kosmetik la, wat konsert la bagai.

Dulu dey all berlakon berpeluh keringat pun, bukan dapat title macam2 Datuk ke ape ke macam sekarang. P. Ramlee pun setelah pergi baru dapat Tan Sri. sama jugak dengan Nordin Ahmad, Ahmad Mahmud, Latifah Omar, S.Samsudin, Ajis Sattar. yg umur panjang je la dapat peluang diiktiraf. yg da pegi?

lagi sedih bila studio jalan ampas di singapore, dihapuskan macam tu sahaja. *damn singapore*

em.. nk salahkan dey all pun tak leh jugak. sebab industri kita lagi suke wat movie komersial. movie gangster la. gelak ketawa la. hantu la. takda pun movie yang leh bagi moral values tentang Malay values yang betul2 mcm movie lame ni.

so lakonan pun jadi komersial jugak lah. arapkan ensem, lawa. citer sume streotype. sebab? kita jugak. masyarakat yg nk benda macam tu. agak2 lau seri mersing dibikin balik, ada ke yg nk g tgok?

hum.. tepuk dada tanya hati.

0 comments:

Post a Comment